ALOR GAJAH 21 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik cadangan penggunaan kamera badan dan kamera papan pemuka oleh badan berkuasa negara ini kerana ia dilihat lebih adil kepada kedua-dua pihak. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, inisiatif tersebut merupakan syor daripada SPRM sendiri dalam usaha membendung salah guna kuasa dalam kalangan badan penguat kuasa di negara ini. Menurutnya, penggunaan kamera tersebut oleh badan penguat kuasa termasuk Polis…









