PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengusulkan agar mewujudkan bank data Asid Deoksiribonukleik (DNA) untuk dimasukkan di dalam sijil kelahiran agar dapat mengekang ketirisan untuk jangka masa panjang. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia merupakan salah satu langkah yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Penyampaian JPN pada 18 September lalu berikutan isu sindiket penjualan MyKad kepada warga asing di Pulau Pinang baru-baru ini.…