IPOH 25 Sept. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM1.32 juta menerusi lelongan awam yang diadakan di pejabat JPJ negeri di Jalan Kompleks Sukan di sini hari ini. Pengarahnya, Severinus Tukah berkata, proses bidaan bagi 105 buah kenderaan yang disita itu bermula pada pukul 9 pagi dengan disertai oleh 145 orang awam. Katanya, lelongan berkenaan membabitkan 81 buah kereta termasuk Toyota Wish, BMW 5 Series dan…










