PUTRAJAYA – Sesi persekolahan di semua buah sekolah di sini terus ditutup pada hari esok ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200 atau status sangat tidak sihat. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad dalam satu kenyataan berkata, penutupan sekolah itu diputuskan berdasarkan bacaan bacaan IPU pada pukul 5 petang tadi yang kekal melebihi 200. Penutupan 25 buah sekolah di Pusat Pentadbiran Kerajaan esok itu masuk hari ketiga sejak Selasa lalu ekoran keadaan jerebu yang mencatatkan status tidak sihat. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya