KUALA LUMPUR 20 Sept. – Satu jawatankuasa khas bagi membangunkan cadangan kerangka universiti baharu hasil daripada penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) telah ditubuhkan. Penubuhan jawatankuasa itu dipersetujui di peringkat pengurusan tertinggi kedua-dua universiti berkenaan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Siti Hamisah Tapsir. Kementerian Pendidikan menyatakan, keanggotaan jawatankuasa tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat dan terdiri dari pihak-pihak yang berkepentingan dan pakar…










