KUALA LUMPUR 25 Sept. – Indeks jenayah di daerah Cheras menunjukkan penurunan 8.6 peratus atau 113 kes iaitu 1,202 kes bagi Januari hingga September tahun ini berbanding 1,315 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bag tempoh itu, kes curi motosikal merupakan jenayah yang paling tinggi dicatatkan terdapat penurunan, sebanyak 419 kes direkod bagi tahun ini berbanding 449 kes tahun lepas.…










