SUDAH hampir dua minggu negara dilanda jerebu. Menurut Jabatan Alam Sekitar, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak. Kebakaran belukar bagi tujuan pertanian di beberapa kawasan antaranya di Johan Setia, Klang, Selangor memburukkan lagi keadaan. Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 210 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya