KUALA LUMPUR 20 Sept. – Tiada istilah selamat buat semua pemain Malaysian Tigers selagi senarai 18 nama ke pusingan akhir Kelayakan Sukan Olimpik 2020 belum diumumkan oleh ketua jurulatih Roelant Oltmans. Ini bermakna sesiapapun dalam kalangan 20 pemain sedia ada ketika ini berisiko digugurkan terutama selepas kempen jelajah Korea Selatan, biarpun sebelum ini Oltmans memberitahu, ingin membawa lebihan dua pemain daripada 18 yang boleh didaftarkan. Bagi pelari pertama skuad kebangsaan,…










