MELAKA 21 Sept.- Kawasan tadahan air di Melaka akan dihijaukan dengan pokok hutan bagi memastikan kawasan terlibat berfungsi secara berkesan sebagai sebuah kawasan tadahan bagi mengumpul bekalan air diperlukan penduduk di negeri ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari. Bagi merealisasikan usaha itu, beliau berkata tiada lagi tanaman kelapa sawit dibenarkan sekitar kawasan tadahan air dan kerajaan negeri mengarahkan semua jabatan serta agensi kerajaan negeri terlibat supaya menggantikan kelapa sawit dengan…










