KUALA LUMPUR 26 Sept. – Hasrat bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, untuk menunaikan ibadah umrah tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. Menurut anak bongsunya, Shafiqa Nurlis, 29, arwah ayahnya telah lama menyimpian impian untuk ke Tanah Suci tetapi terpaksa menangguhkannya atas faktor kesihatan. “Antara impian papa yang belum tercapai adalah mahu mengerjakan umrah. Kami rancang nak pergi bulan lepas, tapi keadaan kesihatan papa tidak…










