KUALA LUMPUR – Perkampungan Orang Asli Pos Lemoi di Ringlet, Cameron Highlands, Pahang bukan sahaja terkenal kerana kawasan yang dingin bahkan hasil kraftangannya juga diminati pelancong dan penduduk setempat. Para peserta yang menyertai acara larian Kosmo!-LOTTO Run For Lemoi 2019 pada 23 dan 24 November depan di perkampungan itu berpeluang melihat sendiri kepelbagaian hasil kraftangan. Menurut seorang pembuat bubu, Papak Akai, 70, dia berkecimpung di dalam bidang kraftangan membuat bubu…