APABILA nikmat kesihatan ditarik, apalah gunanya lagi segala yang dikerjakan di dunia ini. Begitulah yang dilalui penulis ketika diuji dengan masalah kesihatan baru-baru ini. Tidak ada apa-apa petanda, tiba-tiba suhu badan meningkat dan kepala berasa berat. Walhal, sehari selepas turun mendaki Gunung Angsi melalui Ulu Bendul, penulis sempat berbasikal dan melakukan aktiviti riadah termasuk bermain badminton. Benarlah, sakit itu bila mahu menyinggah, ia tidak perlukan apa-apa penyebab. Ia cuma satu…










