KUALA LUMPUR 25 Sept. – Harga makanan yang lebih tinggi telah menyebabkan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang digunakan untuk mengukur barangan pengguna di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya dan Perak melebihi kadar inflasi negara pada Ogos lalu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Kuala Lumpur mencatatkan kenaikan harga yang paling tinggi iaitu kenaikan sebanyak 2.4 peratus diikuti Pulau Pinang (dua peratus), Selangor, Putrajaya (1.8 peratus) dan…










