ALOR SETAR 26 Sept. – Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban selepas rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada tahun lepas tidak putus berdoa agar keputusan inkues memihak kepada mereka. Ibu Allahyarham, Asma Aziz, 52, berkata, sejak kematian anaknya, dia tidak pernah berhenti berdoa dan berharap keadilan dapat diperoleh bagi arwah Muhammad Adib. “Masa pergi Mekah untuk tunaikan ibadah Haji tahun ini pun saya…










