KUALA LUMPUR 26 Sept. – Selepas tidak memberi muka kepada tuan rumah dalam dua perlawanan terdahulu, Malaysian Tigers akhirnya membenarkan lawan meraih kemenangan 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Pusat Latihan Kebangsaan, Jincheon, Korea Selatan. Ini juga adalah kemenangan pertama buat Korea Selatan ke atas skuad hoki negara dalam aksi persahabatan berkenaan selepas tiga perlawanan berlangsung. Dua perlawanan sebelum ini menyaksikan tuan rumah yang menghuni ranking ke-16 dunia tewas 2-1 kepada…










