JATLAN 25 Sept. – Angka korban akibat gempa bumi berukuran 5.8 skala Ritcher yang melanda timur Pakistan semalam, meningkat kepada sekurang-kurangnya 38 orang manakala beratus-ratus lagi mengalami kecederaan. Pegawai tempatan tertinggi, Muhammad Tayyab Chaudhry berkata, sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh antaranya 33 orang di Mirpur dan empat di daerah Bhimber. Terdahulu, Pegawai Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Leftenan Jeneral Mohammad Afzal berkata, seorang mangsa terbunuh berhampiran bandar Jhelum. “Kira-kira 350 orang cedera…










