MAKANAN hidup bagi larva ikan dan udang di peringkat awal tumbesaran terutama sekali Artemia (Artemia salina) menampung industri akaukultur yang dianggar bernilai berbillion dolar. Organisme makanan hidup seperti Rotifers, Artemia nauplii, Copepod biasanya diberikan kepada larva ikan dan udang kerana saiznya yang kecil dan mudah dicerna. Walau bagaimanapun, saiz mulut larva menentukan jenis makanan hidup yang sesuai. Secara amnya saiz makanan hidup mestilah lebih kecil berbanding bukaan mulut larva ikan.…










