PUTRAJAYA 21 Sept. – Negara dijangka mengalami fasa peralihan monsun bermula pada 24 September ini dan berterusan sehingga awal November depan. Menurut Jabatan Meteorologi, permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula pada 6 Mei lalu. Dalam tempoh itu jelasnya, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah dan berpotensi untuk pembentukan awan ribut petir. ” Semasa fasa peralihan monsun, keadaan…










