KUALA LUMPUR 20 Sept. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meneruskan program penghantaran bakat muda ke Jepun untuk latihan percubaan walaupun penyerang skuad Bawah 18 (B-18) negara, Luqman Hakim Shamsudin sah mengikat kontrak bersama kelab profesional Belgium, KV Kortrijk selama lima tahun, bermula tahun depan. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, program kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) itu tidak memberi fokus mencungkil bakat segelintir pemain muda sahaja…










