PUTRAJAYA 25 Sept. – Sebanyak enam lelaki warga asing yang menjadi ejen haram bagi menguruskan pendaftaran Program Pendatang Asing Tanpa lzin (PATI) Pulang Ke Negara Asal atau Back For Good (B4G) telah dikenakan tindakan undang-undang. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, sejak program tersebut bermula pada 1 Ogos lalu, pihaknya telah menangkap dan mendakwa beberapa pihak selepas dikesan menjalankan aktiviti di sekitar premis Jabatan Imigresen. Jelasnya, daripada jumlah…










