BAGAN SERAI 25 Sept. – Pegawai Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), jurulatih serta pemain Perak menziarahi keluarga seorang penyokong Perak yang maut dalam kemalangan jalan raya di sini hari ini. Penyokong berkenaan, Muhammad Amirul Hakimi Abdul Latib, 21, ditemukan maut selepas lebih empat jam tersepit dalam kereta Perodua Alza yang terbabas di Kilomere 93.5 Jalan Ipoh – Butterworth berhampiran Selinsing dekat sini. Difahamkan, mangsa yang tinggal di Kampung Tebuk Matau,…










