KLANG – Tindakan dua buah bot nelayan tempatan melanggar zon penangkapan yang dibenarkan membawa padah apabila ditahan Maritim Malaysia (APMM), semalam. Kedua-dua bot masing-masing kelas B dan C2 ditahan dikawasan sekitar 12 batu nautika dari Perairan Bagan Nahkoda Omar, Tanjong Karang dekat sini antara pukul 5.20 hingga 6.32 petang. Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot berkenaan dikesan melanggar zon tersebut ketika pihaknya melakukan rondaan di sekitar…










