NEW YORK 25 Sept – Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte di luar sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). Perbincangan pada Selasa itu, menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, merupakan pertemuan dua hala antara Malaysia dan Belanda. “Kedua-dua negara berusaha mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam sektor pertanian menggunakan teknologi tinggi…










