KUALA LUMPUR 26 Sept. Seorang doktor gigi cedera di leher selepas dikelar penyamun yang menyamar sebagai pelanggan di sebuah klinik gigi di Seksyen 14, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku apabila seorang lelaki dikatakan datang untuk membuat rawatan akar gigi di klinik terbabit. Bagaimanapun, selepas selesai membuat rawatan kira-kira satu jam kemudian, suspek tiba-tiba datang dari arah belakang sebelum mengelar mangsa.…










