RAUB – Tindakan seorang wanita yang menjalankan perkhidmatan memasang pendakap gigi tanpa lesen membawa padah apabila dia didenda RM50,000 di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Mazelan Jamaludin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Rohaizaz Farhana Syuhada Zazli, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah bagi pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Tertuduh yang bekerja sendiri itu turut diperintah untuk menjalani hukuman penjara selama 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut. Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya