KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ketua Jurulatih PJ City, K. Devan mengakui berterima kasih kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang prihatin terhadap situasi yang menimpa anak-anak buahnya. Jelasnya, ia susulan MFL meluluskan permohonan PJ City untuk menunda perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang PKNP FC malam nanti di Stadium Majlis Perbandaran Manjung kepada Ahad ini. MFL dalam satu kenyataannya memberitahu, mereka meluluskan permohonan pasukan tersebut susulan sebahagian besar pemain…










