KUALA LUMPUR 25 Sept. – Perseorangan lelaki negara, Liew Daren melakar kejutan dengan menyingkirkan juara dunia lima kali dari China, Lin Dan untuk mara ke pusingan kedua Siri Jelajah Dunia Super 500 Terbuka Korea, hari ini. Dalam aksi yang berlangsung di Incheon itu, Daren beraksi selama 41 minit untuk meraih kemenangan 21-19, 21-14 ke atas pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik itu. Turut ke pusingan kedua ialah perseorangan No.1 negara,…










