PUTRAJAYA 26 Sept. – Dakwaan mengatakan jumlah bersih hutang langsung yang diterbitkan hari ini iaitu RM58 bilion telah mengatasi sasaran RM52 bilion untuk seluruh tahun 2019 adalah tidak berasas dan tidak benar. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini adalah kerana angka RM58 bilion tersebut gagal mengambil kira dua faktor utama. Pertama dan terutama sekali, menurutnya, kerajaan menerbit dan menebus hutang dan sekuritinya secara teratur setiap tahun berdasarkan kepada jadual…










