BERLIN 22 Sept. – Philippe Coutinho menyumbat gol pertamanya bersama Bayern Munich sejak dipinjamkan oleh Barcelona ketika kelab gergasi Jerman itu menewaskan Cologne 4-0 dalam aksi Bundesliga awal hari ini. Biar pun jaringan yang dilakukan itu hanya menerusi sepakan penalti namun ia pastinya memberi motivasi awal kepada pemain dari Brazil itu untuk menjaringkan lebih banyak gol selepas ini. Sepatutnya Robert Lewandowski mengambil sepakan penalti tersebut untuk melengkapkan hatriknya dalam perlawanan…









