MANCHESTER – Pemain sayap Manchester City, Bernardo Silva yakin skuad The Citizens mampu untuk mengatasi krisis kecederaan yang melanda pemain tonggak pertahanan sepanjang musim ini. Ketika ini hanya seorang pemain pertahanan senior iaitu Nicolas Otamendi yang cergas manakala John Stones serta Aymeric Laporte disahkan mengalami kecederaan jangka panjang. Semasa jendela perpindahan pemain dibuka baru-baru ini, pengurus, Pep Guardiola tidak membeli pengganti pemain berpengaruh, Vincent Kompany yang menyertai Anderlecht sebagai pemain…










