KUALA LUMPUR 26 Sept. – Caj tambahan transaksi baharu mesin deposit tunai (CDM) dan urusan pembayaran kaunter yang dikenakan bank dilihat amat menyusahkan di saat pelbagai isu ekonomi lain menghimpit rakyat. Ketua Wirawati Penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Dr. Asmah Razalli menegaskan caj transaksi yang dikenakan seolah-olah suatu paksaan yang terpaksa ditanggung setiap pengguna bank yang terpaksa melakukan transaksi perbankan seharian. Menurut Asmah, caj baharu itu sudah pastinya menekan…










