Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada akhir dagangan pagi walapun prestasi bursa serantau mecatatkan peningkatan, apabila keuntungan awal dihadkan oleh aktiviti pengambilan untung di kaunter mewah terpilih, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.81 mata kepada 1,599.08 berbanding 1,599.89 pada penutupan Rabu.

Ia dibuka 1.72 mata lebih rendah pada 1,598.17.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang peniaga berkata, pasaran Asia meningkat dalam sesi dagangan awal hari ini susulan Amerika Syarikat (AS) dan China akan kembali semula ke meja rundingan awal bulan depan.

Beliau berkata, keyakinan pelabur juga diperkukuh oleh perkembangan ekonomi yang positif termasuk berita bahawa penggubal undang-undang Britain mencari jalan keluar yang lebih baik dari Kesatuan Eropah selain ketegangan politik di Hong Kong yang semakin reda.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 316 berbanding 294, manakala 388 kaunter tidak berubah, 939 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.14 bilion unit bernilai RM731.01 juta. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×