KHARTOUM 1 Sept. – Bekas Presiden Sudan, Omar al-Bashir mendakwa menerima wang sumbangan sebanyak AS$25 juta (RM105 juta) daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. Lapor al-Jazeera, Omar, 75, yang digulingkan pada April lalu, mendedahkan mengenai perkara itu di hadapan hakim semalam selepas beliau disabitkan kesalahan memiliki mata wang asing dan rasuah. Kedua-dua pertuduhan itu boleh menyebabkan Omar meringkuk di penjara selama lebih sedekad. Dibicarakan di mahkamah buat kali pertama, Omar berkata beliau menggunakan wang terbabit untuk hal-hal kebajikan dan bukannya untuk kepentingan peribadinya. “Pengurus pejabat saya menerima panggilan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya