PETALING JAYA 24 Sept. – Walaupun umurnya baru mencecah empat bulan, seorang bayi perempuan dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang di sini, Nur Aisha Azhara Mohd. Yusof diuji dengan penyakit ‘left hydronephrosis and bilateral megaureters’ yang menyebabkan buah pinggang kirinya rosak. Menurut bapanya, seorang penghantar segera sambilan, Mohd. Yusof Ismail, 34, anak keduanya itu disahkan menghidap penyakit tersebut sejak dalam kandungan lagi. “Saya dan isteri mendapat tahu dari doktor…










