LANGKAWI 15 Sept. – Gara-gara berang kerana kekasihnya hendak memutuskan hubungan, seorang penganggur bertindak membakar sebuah motosikal yang dipinjamkannya kepada wanita itu dalam kejadian di Kuah di sini, tengah malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam semasa lelaki berusia 26 tahun itu pergi bertemu dengan teman wanitanya di hadapan sebuah kedai di Pandak Mayah, Kuah sebelum berlaku pertengkaran antara mereka. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, semasa pertengkaran itu, wanita berusia 20-an tersebut telah menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan cinta mereka. “Lelaki itu kemudian bertindak membakar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya