KUALA LUMPUR – Pemain profesional negara, Liew Daren mencipta kejutan apabila buat pertama kali menyingkirkan bintang badminton dunia, Lin Dan, pada pusingan pertama Kejohanan Terbuka Korea di Incheon, Korea Selatan, hari ini. Pemain perseorangan berusia 32 tahun itu mengalahkan juara dunia lima kali dari China itu 21-19, 21-14 dalam masa 43 minit selepas kalah dua kali pada pertemuan sebelum ini pada Piala Thomas 2012 dan Terbuka Jepun pada 2014. “Hari…










