PUTRAJAYA 26 Sept.- Badan Penyelaras Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara bakal ditubuhkan kerajaan di dalam usaha menyatukan sektor itu bawah satu bumbung dan sistem tunggal. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menjelaskan, badan itu bagi memastikan bidang TVET dilihat sebagai entiti tunggal selaras menjadikannya pilihan utama dan bukan dilihat sebagai cabang alternatif. Katanya lagi, selain itu kerajaan turut memberi tumpuan kepada lima tunggak yang mengariskan hala tuju kerajaan…










