PELUMBA negara, Azlan Shah Kamaruzaman meneruskan rentak tunggangan cemerlang apabila menjuarai Perlumbaan 2 kelas ASB1000 pada pusingan keenam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam. Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG itu yang bermula di petak kedua di belakang pendahulu juara keseluruhan, Broc Parkes dari Australia menamatkan perlumbaan 11 pusingan itu dengan catatan masa 23 minit 29.755 saat (s). Pelumba berusia 34 tahun itu terpaksa bersaing sengit…










