KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara untuk menangkap hasil laut secara haram semalam. Kedua-dua bot nelayan asing itu masing-masing berjaya ditahan pada kedudukan 127 dan 130 batu nautika dari timur laut Kuala Kemaman dekat sini dari pukul 5.05 petang hingga 5.40 petang. Pengarah Maritim Zon Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, seramai 22 nelayan Vietnam termasuk dua tekong yang terdapat…










