KORBAN. Badan Amal Alkhairiah Global Resources yang dipimpin oleh pensyarah Bahasa Arab Universiti Kebangsaan Malaysia, Fazli Ismail melakukan ibadah korban dan akikah di Kemboja serta Vietnam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Fazli berkata, anggota badan amal itu menyembelih sebanyak 186 ekor lembu dan 45 kambing bagi mewakili penduduk Muslim Malaysia di beberapa kawasan perkampungan didiami umat Islam di Kemboja. Menurutnya, pada tahun ini, sebanyak 20 ekor lembu dan 22 ekor kambing sumbangan umat Islam Malaysia turut disembelih di kawasan perkampungan Islam di Vietnam.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya