LONDON 25 Sept. – Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker kembali menjalani latihan penuh dan hampir pasti diturunkan dalam perlawanan kompetitif buat kali pertama selepas enam minggu direhatkan akibat cedera betis. Kali terakhir Alisson beraksi bersama Liverpool ketika membantu pasukannya menewaskan Norwich 4-1 dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 9 Ogos lalu. “Saya berada dalam keadaan baik, saya fikir kami semakin hampir. “Saya boleh keluar padang dan melakukan kerja…










