Air mata Ronaldo mengalir, apabila melihat video ayahnya - Utusan Malaysia

Air mata Ronaldo mengalir, apabila melihat video ayahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Sept. – Bintang Juventus, Christiano Ronaldo menitis air mata selepas menonton rakaman video terakhir mengenai mendiang ayahnya, Jose Dinis Aveiro.

Keadaan penuh beremosi itu berlaku semasa wawancara bersama Piers Morgan, yang ditayangkan di televisyen United Kingdom (UK), semalam.

Ronaldo dipertontonkan klip video Aveiro yang merupakan seorang individu yang ketagih alkohol dan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi hati pada usia 52 tahun.

Menerusi klip pendek itu, Aveiro dilihat bercakap tentang Ronaldo ketika berdiri di depan pintu rumahnya.

“Saya tidak pernah melihat video itu. Saya tidak pernah melihat video itu. Sungguh tak sangka,” kata Ronaldo sambil mengalirkan air mata.

Ditanya apakah perasaan mendengar ayahnya bercakap mengenai kebanggaan terhadap pencapaian anaknya.

“Ya, sangat terasa. Saya fikir wawancara akan menjadi kelakar, tapi saya tak sangka akan menangis.

“Saya tidak pernah melihat klip ini. Saya tak tahu di mana kamu(Aveiro)… saya perlu klip ni untuk tunjuk kepada keluarga saya.

“Tapi saya benar-benar tidak mengenali ayah saya 100 peratus. Dia seorang yang ketagih alkohol. Saya tidak pernah bercakap dengannya. Sukar ketika itu,” katanya.

Ronaldo berusia 20 tahun ketika ayahnya meninggal dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×