KUALA LUMPUR, 28 Sept.- Yang di-Pertuan Agong, AI-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pemergian legenda bola sepak negara, Datuk M. Chandran sebagai satu kehilangan besar kepada negara. Sambil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, Al-Sultan Abdullah bertitah Chandran adalah inspirasi kepada semua rakyat Malaysia dengan semangat dan dedikasinya terhadap bola sepak ketika mengetuai pasukan kebangsaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Munich 1972. “Peranannya terkenal dalam membangunkan bola sepak…










