KUALA LUMPUR 25 Sept. – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersedia untuk melepaskan mana-mana pemain bagi merealisasikan Projek 24 iaitu menyiapkan barisan pemain muda dalam situasi berprestasi tinggi berlandaskan kepada pencapaian serta kedudukan ranking dunia. Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan skuad badminton negara mampu mancapai sasaran tinggi yang ditetapkan tetapi tetap akan memberikan bantuan kepada mana-mana pemain yang layak beraksi di Sukan…










