Walaupun sudah enam tahun berlalu, namun insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah oleh pengganas Sulu yang memahat sejarah hitam negara seolah-olah masih baru berlaku. Penyusupan musuh yang bermula pada awal Februari 2013 ke kawasan itu bertukar menjadi konflik bersenjata apabila pengganas Sulu melancarkan serang hendap pada pagi 1 Mac ke atas sepasukan anggota 69 Komando di Felda Sahabat. Tragedi berdarah itu menyaksikan dua wira negara gugur iaitu Asisten…










