JERANTUT 27 Sept. – Lanskap di sekitar perumahan pinggir bandar dalam kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini bakal ditumbuhi pokok kelapa yang menghadirkan pemandangan menarik di samping sebagai tujuan komersial bagi menambah pendapatan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, selain buah-buahan, kelapa juga boleh membantu penduduk pinggir bandar memperoleh pendapatan sampingan memandangkan hasil berkenaan mempunyai pasaran tinggi khususnya menjelang musim…










