MELAKA 28 Ogos – Seekor harimau putih berusia sembilan bulan kini menjadi haiwan terbaharu untuk tatapan pengunjung Zoo Melaka apabila tiba di taman haiwan itu di sini malam tadi. Kehadiran haiwan betina yang diberi nama Elsa itu adalah hasil perjanjian persefahaman (MoU) antara Zoo Melaka dan Taman Hidupan Liar Sunway, Selangor pada Mei lalu bagi menarik pengunjung ke zoo itu. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Mohd. Rafee Ibrahim memberitahu, orang ramai boleh bertemu dengan spesies mamalia itu mulai 14 September depan sempena sambutan Hari Malaysia. “Zoo Melaka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya