KUALA LUMPUR 27 Ogos – Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas lori dipandunya dihempap pokok tumbang di Kilometer 16 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh arah Rawang, berhampiran Gombak di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa P.Muthusamy, 72, patah kaki di bahagian kanan akibat tersepit di tempat duduk pemandu. Kejadian pokok tumbang itu juga menyebabkan dua lorong menghala ke Rawang dekat sini terhalang. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arshad Kamaruddin berkata, proses mengeluarkan mangsa telah dibantu oleh pihak bomba selain memotong dan mengalihkan pokok tumbang berkenaan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya