Warga emas ditemukan rentung - Utusan Malaysia

Warga emas ditemukan rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 7 Ogos – Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan tujuh buah rumah separuh kekal di Kampung Lembising, Putatan, dekat sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, mangsa Sarulai Ompoit@Jimmy, 83, ditemukan di satu daripada rumah berkenaan yang telah musnah terbakar.

“Pusat operasi menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 2.53 petang sebelum sepasukan 20 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran kemudiannya berjaya dikawal kira-kira pukul 4.33 petang,” katanya.

Tambah kenyataan itu, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan oleh Bahagian Forensik Bomba.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×