WASHINGTON – Seorang pelanggan restoran makanan segera, McDonald’s mengamuk dan membaling objek ke arah pekerja premis berkenaan kerana gagal mendapatkan aiskrim McFlurry yang dia idamkan, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin. Satu rakaman video berdurasi 43 saat memaparkan seorang wanita bertindak agresif selepas dia diberitahu bahawa mesin pembuat aiskrim tersebut rosak baru-baru ini. Klip video itu menunjukkan wanita tersebut mencari objek di sekitar restoran itu dan membalingnya ke arah pekerja yang berada di belakang kaunter. Dia turut menjerit sekuat hati selama kira-kira 30 saat dan mengeluarkan perkataan kurang sopan. Sejumlah pelanggan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya